Tuesday, May 02, 2006

ABU KASSIM

Tidak banyak yang diketahui tentang Abu Kassim, iaitu penggubah lagu asli yang terkenal berjudul ‘Lenggang Mak Limah’. Walaupun lagu tersebut telah dirakamkan oleh banyak artis, dan merupakan pilihan popular dalam hampir kesemua album Hari Raya, maklumat mengenai beliau dan lagu gubahannya yang lain masih menjadi misteri. Adalah dipercayai bahawa Abu Kassim merupakan penggemar lagu asli tahun 1960an dan pernah memenangi pertandingan mencipta lagu asli pada masa itu.

No comments:

Post a Comment