Tuesday, May 02, 2006

ACHMAD C.B.

Achmad Awab Aziz, atau yang lebih dikenali sebagai Achmad C. B, dilahirkan pada 20 Ogos 1914 di Medan, Sumatera. Ketika berumur lima tahun, Achmad C. B telah mengikut bapanya ke Singapura dan kemudiannya ke Dungun, Terengganu. Sejak dari muda lagi Achmad C. B telah menonjolkan minat mendalam bidang nyanyian dan dalam hal ini beliau amat dipengaruhi oleh bapa saudaranya, Said Tripoli, seorang tokoh bangsawan.

Achmad C. B yang giat dalam bidang politik sejak muda menjadi ahli beberapa parti politik Indonesia termasuklah Gerakan Rakyat Indonesia (GERINDO) di mana beliau mengetuai bahagian kebudayaan. Di sini Achmad C. B menggunakan bakatnya untuk membangkitkan propaganda anti-penjajah dan menyemarakan semangat nasionalisme melalui lagu-lagu dan lain-lain persembahan pentasnya.

Pada tahun 1935, Acmad C. B melancarkan kariernya sebagai seorang penyanyi dan beliau membuat rakaman pertama dangan HMV (His Master’s Voice) pada tahun 1063. sajak dari itu, Achmad menanbahkan nama singkat ”C. B.” kepada namanya. C.B. adalah singkatan bagi Cas Bara (panas baran) iaitu nama julukan yang diberikan oleh rakan-rakannya serasi dengan semangat nasionalistiknya yang membara. Penglibatan Achmad C. B yang lain termasuklah kumpulan teater, Seri Pentas Rayuan Asmara, yang membuat kunjungan ke merata Sumatera dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Singapura, sebelum dan selepas pendudukan Jepun.

Beliau juga menjadi juara berturut-turut sebanyak tiga kali dalam pertandingan keroncong tahunan di Singapura sejak tahun 1939. Walaupun dikenali ramai sebagai penyanyi dan penggubah bagi banyak lagu patriotik yang mashur seperti Bangun Anakku, dan Melayu Raya, Achmad C.B juga menggubah lagu cinta, misalnya Bulan Mengambang dan lagu kanak-kanak sepertii Belalang dan Kupu-Kupu. Lagu-lagu kegemaran ramai termasuklah Enjit-Enjit Semut, Belo-Belo, Rentak 106, Cincin Belah Rotan dan 31 Ogos.

No comments:

Post a Comment