Tuesday, May 02, 2006

AHMAD MURIZ CHE ROS

Dilahirkan pada 1969, Ahmad Muriz berasal dari Pulau Pinang di mana beliau mendapat didikan awal muziknya ketika menertai pancaragam tentera sekolahnya dan kemudianya sebagai ahli Penang State Youth Symphonic Band. Ketika melanjutkan pelajarannya dalam bidang muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM), beliau mula bereksperimen dengan pelbagai jenis muzik. Di sini beliau telah memimpin kumpulan ‘Fusion Quinter’, juara “Grand Prix” Yamaha Band Explosion 1989, dan telahmenubuhkan kumpulan muzik tradisional bergelar ‘Tamingsari’, yang kemudiannya bertukar identity menjadi kumpulan ‘jazz fusion’ yang telah menerima sambutan hangat pihak media tempatan dan asing ketika membuat persembahan di KL International Jazz Festibal pada tahun 1993.
Setelah tamat pengajiannya, beliau mula berkhidamt dengan Jabatan Persembahan Kebudayaan Petronas, sebgai seoaarng ajhli muzik pada masa yang sama, beliau juga berpeluang bekerjasama dalam penghasilan karya-karya baru bagi mengiringi projek taridra yang berasaskan sastera Melayu lama. Pengalaman ini telah memberi semangat kepada Muriz untuk mencipta lagunya sendiri, dan salah satu karyanya berjaya menjuarai pertandingan lagu Formula Malaysia.

Pada buln Januari, Muriz berlepas ke Berklee Collage of Music untuk melanjutkan pelajarannya dalam pengkhususan “Film Score” di mana salah satu karya utamanya yang menggabungkan unsur-unsur Barat dan timur, telah dipilih mengiringi satu projek dokumentari berjudul ‘Baraka’. Dari sini Muriz terus melanjutkan pelajarannya ke boston Conservatory di mana beliau mengikuti program ijazah sarjana (Master of Arts) dalam penggubahan di bawah bimbingan Andy Vores pengetua fakulti penggubahan. Baru-baru ini karya beliau telah dipilih untuk dipersembahkan dalam forum komposer ‘Malaysian Philharmonic Orchestra’ pada Mac 2004.

No comments:

Post a Comment