Tuesday, May 02, 2006

DATO’ AHMAD MERICAN.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sumbangan Dato’ Ahmad Merican kepada bidang media elektronik dan industri muzik Malaysia sepanjang kariernya terlalu banyak. Diberi gelaran “Grand Old Man of Television” oleh pihak media tempatan Ahmad Merican telah mempelopori pelbagai bidang dalam hidupnya. Pada tahun 1950an, beliau merupakan orang pertama diberi tanggungjawab merakamkan lagu kebangsaan Malaysia, pembentuk konsep dan pentadbir Orkestra Malaya, serta mengusaha yang memulakan siri muzik popular ‘Bintang RTM’, ‘Pertandingan Mencipta Lagu’ dan ‘Malam Irama Malaysia’, yang mampu bertahan sebagai rancangan ‘hit’ selama beberapa tahun. Ahmad juga pelajar Malaysia pertama melanjutkan pelajaran ke Berklee School of Music di Boston, Amerika Syarikat. Walaupun beliau adaah seorang pemain gitar yang berkebolehan, beliau lebih cenderung kepada bidang produksi muzik dan kemudiannya memilih kerjaya di sebalik tabir. Seterusnya pada 1960an, Ahmad dipilih sebagai salah seorang daripada enam penerbit perintis yang dipertanggungjawab untuk memperkenalkan media elektronik terbaru pada masa itu, iaitu televisyen, kepada para penonton di Malaysia. Pada masa ini, beliau telah melancarkan siri muzik seperti ‘Bakat TV’ , ’Juara Kugiran’ dan ‘Pesta Dendang Rakyat’ dikaca TV. Setelah meninggalkan RTM Ahmad terus memainkan peranan aktif dalam perkembangan televisyen Malaysia. Di antaranya beliau telah diberi peranan utama dalam penubuhan TV3, rangkaian TV komersial Malaysia yang pertama dan kemudiannya bertugas sebagai Naib Presiden operasi NTV7 pada dua tahun permulaannya. Buat masa ini, Ahmad Merican bertugas sebagai ahli lembaga Kolej Muzik Antarabangsa (International College of Music) dan juga ahli panel penasihat Akademi Seni Kebangsaan.

No comments:

Post a Comment