Tuesday, May 02, 2006

DR TAZUL IZAN TAJUDIN

Dr Tazul mula bermain gitar ketika berusia 15 tahun dan menggubah lagu apabila usianya menjangkau 24 tahun. Beliau berkelulusan dari institusi pengajian tinggi bermula dari dalam negeri (UiTM) hinggalah melanjutkan pelajarannya ke USA dan UK (Carnegie Mellon University dan Universiti of Sussex), beliau mendapat tunjuk ajar dari guru-guru muzik seperti Leonardo Balada, Juan Pablo Izquierd, Martin Butler, Jonathan Harvey, Micheal Finnissy, dan Franco Donatoni. Beliau juga turut mendapat bimbingan daripada Brian Ferneyhough dan Lannis Xenakis. Tashio Hosokawa juga turut mengundang beliau ke Takefu International Music festival 2003 di Jepun. Dr Tazul memperolehi berbagai hadiah, anugerah dan biaya daripada kerajaan Malaysia, UiTM, Malaysia Book Of Records, Omec dan Anugerah berprestij Takemitsu 2002. Beliau juga berjaya ke peringkat akhir di pertandiangan di Oslo dan London iaitu Edvard Greig Composition Competition 2000 dan Derek Shiel’s Sound Sculpture Competition Competiotion 2001. Namanya terpilih dalam senarai pendek komposer The Society for Promotion of New Music (SPNM) di UK dari 2001 – 2004. Pada 2003 – 2004, beliau menyumbang bakti di persembahan-persembahan oleh Koir Kebangsaan dan Orkestra Simfoni Kebagsaan,Malaysia Phiharmonic Orchestra dan tidak ketinggalan Ensemble Expose. Ciptaan beliau didendangkan oleh Tokyo Philharmonic Orchestra, Carnegie Philharmonic Orchestra, Carnegie Contemporary Ensemble, IXION Ensemble, Koir Kebangsaan Malaysia (persembahan di USA, UK, Malaysia, Jepun, Singapura, Itali, dan di siaran NHK Jepun). Bakat menggubah lagu yang beliau milliki telah menghasilkan beberapa gubahan orkestra, korus, chamber ensembles dan soloist. Beliau memimpin persembahan lagu-lagunya sendiri di tiga tempat ternama. Kini beliau merupakan seorang komposer bebas dan menetap di London.

1 comment:

  1. Salam. Berapa umur tokoh dalam artikel ini?

    ReplyDelete