Tuesday, May 02, 2006

HANAFIE MOHD IMAM

Berpendidikan Bachelor of Music in Jazz Composition and Arranging dari Berklee Collage of Music, Boston, USA Master of Music in Music Education & Performance dari University of Miami, Florida, USA, anak kelahiran Kuala Lumpur ini sekarang sedang meneruskan pengajian PhD di Pusat Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Beliau kini bertugas sebagai profesor di Fakulti Ekologi Manusia UPM, dan pernah menjawat jawatan Ketua Jabatan Muzik UiTM Shah Alam dan Akademi Seni Kebangsaan. Hanafie juga antara yang bertanggungjawab membentuk kurikulum dalam penubuhan Jabatan Seni Muzik di Akademi Seni Kebangsaan, UiTM dan Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM). Hanafie pernah mengarahkan konsert Sheila On 7 di Stadium Shah Alam (2001), Kosert Hanafie and Picantes Jazz di Sunrise Jazz Festival Bukit Kiara (2001), menjadi Pengarah Muzik untuk teater Keris Sang Puteri sempena pembukaan rasmi Istana Budaya.

No comments:

Post a Comment