Tuesday, May 02, 2006

KASSIM MASDOR

Lahir pada tahun 1938, adalah satu-satunya composer veteran yang telah berkecimpung dalam industri muzik Singapura selama setengah abad, mulai tahun 1950an sehinggalah ke hari ini.pemuzik Singapura ini berbangga dapat menuntut dengan P. Ramlee dan menjadi kawan kepada seniman tersebutyang beliau anggap sebagai abang.

Kassim mula berkhidmat dengan Shaw Brothers’ Malay Film Productions (MFP) sebagai seorang kerani pada tahun 1952. namun, beliau bertekad mengasah bakat dalam bidang muzik dan azam ini semakin menebal apabila beliau bertemu dengan P. Ramlee dan tokoh-tokoh lain di MFP. Pemuzik yang begitu berbakat ini (beliau pandai bermain gitar, piano dan zilofon) menghargai keperihan bekerja dengan P. Ramlee dan bagaiman pengalaman tersebut telah menjadikan beliau seorang pemuzik yang baik.

Abang Ramlee selalu memaksa saya bekerja hingga lewat malam untuk menyiapkan skor-skor muziknya. Ia memang memenatkan tetapi satu penagalaman yang begitu berharga, beliau pernah berkata.

Kassim juga salah seorang perintis kumpulan popular Pancha Sitara yang ditubuhkan P. Ramlee. Pada 1968, sebaik sahaja Shaw Brothers membuat keputusan menutup Studio Jalan Ampas, Kassim dipanggil EMI Singapura untuk menjadi penerbit, composer dan penyusun muzik di situ. Sepanjang lima tahun bersama EMI, Kassim menerbitkan lebih 60 buah album dan ddipandang tinggi sebagai salah seorang composer ulung pada akhir tahun 60an hingga ke tahun 70an. Ramai penyanyi yang popular menyanyikan lagu-lagu ciptaan beliau, di antaranya Ahmad Jais, Sanisah Huri, Kartinah Dahari, Allahyarhamah Rafeah Buang dan Ahamd Daud. Pada Oktober 2002, Kassim diberikan Anugerah Pencapaian Artis Sepanjang Hayat oleh Persatuan Pemuzik Melayu Profesional Singapura (PERKAMUS) sempena ulang tahun PERKAMUS yang ke 10.

No comments:

Post a Comment