Tuesday, May 02, 2006

KHAIRIL JOHARI JOHAR

Khairil Johari Johar memang tidak asing kepaada peminat seni muzik tanahair. Beliau adalah seorang pencipta lagu, penggubah, penulis lirik, penerbit dan juga seorang pemuzik yang berkaliber. Mendapat pendidikan formal muzik di peringkat Master of Music (Jazz Studies) di New England Conservatory of Music, Boston, Mass USA dan Bachelor of Music (Profesional Music) di Berkley Collage of Music, Boston, Mass, USA. Sebelum itu beliau perm]nah bertugas sebagai Pegawai Kebudayaan di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya 1985 sehingga 1987 dan pensyarah di Jabatan Muzik, Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi MARA mulai 1990 sehingga kini.

Sepanjang penglibatan dalam bidang seni beliau telah memenangi pelbagai pertandingan ciptaan lagu antaranya ialah juara lagu pertandingan Lagu Patriotik Malaysia pada tahun 1984, juara lagu bertajuk Aneka Rasa Buah-buahan Malaysia di Pertandingan Pesta Buah-Buahan pada tahun 1987, juara Pertandingan Lagu Dakwah Kebangsaan oada tahun 1994 bertajuk Jelita Malam dan yang terbaru beliau memenangi pertandingan Mencipta Lagu Sayembara puisi III pada 2001 dengan tajuk Pelangi. Antara lagu yang terkenal yang pernah diciptanya untuk penyanyi tempatan ialah Terbang Helang nyanyian Sharifah Aini, Sabarlah Menanti nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad dan lagu bertajuk Kessedaran nyanyian D.J. Dave. Di samping mencipta lagu untuk pertandingan beliau juga diberi penghormatan untuk mencipta lagu-lagu tema khusus kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bertajuk Payung Mahlota, Sultan Selangor bertajuk Seri Diraja dan juga lagu-lagu korporat unutk Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Paralimpik Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad.

No comments:

Post a Comment