Tuesday, May 02, 2006

NARAWI HAJI RASHIDI

Bertugas sebagai Ketua Jabatan di Pusat Sumber Warisan Kampung Budaya Sarawak yang bertanggungjawab dalam memlihara kegiatan kebudayaan, mengetuai program penyelidikan seni dan budaya serta menganjurkan pelbagai acara festival, memimpin kelas muzik juga kursus-kursus, bengkel dan kelas tari. Menyumbangkan khidmatnya sebagai penerbit teknikal untuk Rainforest World Music Festival sejak 1998 hingga 2001, penerbit teknikal dan muzik untuk Festival Etnik Sarawak Malam Pelancongan Gawai sejak 1996 hingga 2002, penerbit muzik untuk Kumpulan Budaya Sarawak bagi persembahan Citrawarna Kebangsaan pada 2002, penerbit muzik bagi Kumpulan Budaya Sarawak ke LIMA Langkawi pada 1999, penerbit album Tuku’ Kame’ – Rhythm of Rainforest 1999 Gadang 2001, Valiha – Sape (Madagascar & Sarawak Music) Rentak Serumpun (Muzik Tarian Tradisional), memimpin persembahan Tuku’ Kame’ menyertai MTV Band Alert 1999 dan menggubah muzik untuk TV3, Persembahan Khas Perasmian Putrajaya, Persembahan Khas Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2001 & 2002, Sambutan Hari Kemerdekaan 2001 dan Sambutan Tahun Baru 2002. Turut mencipta dan menggubah lagu dalam persembahan East Meets West bersama Malaysian Philharmonic Orchestra dan terlibat dalam siri konsert The Kuala Lumpur BBC Proms.

No comments:

Post a Comment