Tuesday, May 02, 2006

PAK LOMAK

Haji Musa Bin Yusof atau lebih dikenali sebagai “Pak Lomak”, merupakan tokoh penting dalam evolusi dan perkembangan muzik ghazal Johor. “Panduan GhazalMelayu Johor” yang ditulis oleh beliau kini menjadi bahan rujukan penting mengenai muzik ghazal Johor. Pak Lomak dianugerahkan gelaran kehormat “Pendeta Ghazal Johor” bagi mengiktiraf pengetahuan dan kepakaran beliau tentang muzik ghazal Johor. Pak Lomak yang dilahirkan di Batu Pahat Johor pada 27 Mac 1889 adalah dari keluarga seni Johor yang mashur.

Beliau merupakan anak kepada Allahyarham Tuan Haji Yusof dan cucu kepada Dato’ Mohd Salleh bin Perang, meupakan pengasas daerah Batu Pahat dan Muar. Semaasa berkhidmat sebagai kolonel dalam pasukan Timbalan setia Johor (JMF), Pak Lomak bergiat gigih membangun dan memperkembangkan muzik ghazal sebagai satu cabang seni. Kebanyakkan gubahan ghazalnya, khasnya lagu-lagu yang ditulis dari tahun 1923 hingga 1924 ketika beliau berkhidmat di Mersing, kekal popular sehingga kini.

Keghairanan Pak Lomak membangun dan memperkembangkan muzik ghazal amat ketara sehingga beliau rebah dan kembali ke Rahmatullah ketika membuat persembahan ghazal kepada satu deligasi daripada Amerika Syarikat yang sedang mengkaji bentuk-bentuk seni kebudayaan Melayu di Johor Bahru pada 27 Jun 1960. Sebagai satu tanda mengiktiraf pencapaian dan sumbangan beliau kepada ghazal, kerajaan negeri telah memperkenalkan Pertandingan Ghazal Johor yang bertaraf kebangsaan pada tahun 1988. setiap tahun, pertandingan tersebut menganugerahkan piala rebutan “Piala Pak Lomak” kepada mereka yang layak.

No comments:

Post a Comment