Tuesday, May 02, 2006

RAMLI M.S.

Ramli M.S. mempunyai 26 tahun pengalaman profesional dalam industri muzik. Beliau telah melibatkan diri dalam usaha untuk meningkatkan mutu artis tempatan dan luar negara serta mencipta lagu. Beliau mempunyai kebolehan membaca muzik secara langsung dan berupaya menyusun lagu dalam bentuk pop, pancaragam besar dan orkestra.

Dalam masa 4 tahun pertama kerjayanya, beliau berkecimpung di dalam permainan muzik dalam keadaan-keadaan yang tak terfikir oleh kita dari kelab-kelab malam, Loung Jepun Kelab, kelab dangdut, Disko dan kelab-kelab pertunjukan. Pengalaman ini adalah satu yang sangat berharga dalam mempelajari berbagai cara persembahan dan penyusunan lagu.

Beliau mula membuat persembahan semasa masih bersama kumpulan Fantasi dari Singapura yang sudah terkenal di antara banyak kelab pada penghujung 1970. Bersama pancaragam tersebut beliau berpeluang membuat persembahan bukan sahaja di Singapura malahan juga Hong Kong dan Taiwan. Selepas pancaragam tersebut menamatkan persembahan di Taiwan, Ramli terus menetap bertujuan menimba lebih banyak pengalaman. Setelah mempunyai pengetahuan membaca muzik beliau berjaya dalam mendapatkan tempat di dalam sebuah pancaragam pengiring artis-artis ternama di Taiwan seperti Fong Fei Fei, Kao Ling Fong, dan Lee Ven Chen. Beliau terus berada di Taiwan selama 2 tahun untuk meningkatkan pengetahuan muziknya.

Pengllibatan Ramli dalam kerja-kerja dalam studio bermula pada 1978. Disebabkan terlalu sibuk dengan kerjayanya beliau terpaksa menolak tawaran biasiswa dari sebuah kolej unggul, Berklee Collage of Music. Semenjak itu beliau terlibat dalam mengeluarkan artis-artis Melayu dan Cina beliau telah mengadakan sesi sebanyak 2,000 buah lagu (bass, gitar, keyboard, dan accordian) dan telah terlibat dalam pengeluaran sekurang-kurangnya 250 buah album.

Pengiktirafan ke atas bakat beliau ini dapat dilihat dalam bilangan artis yang telah beliau hasilkan, uruskan sesikan atau dengan cara mengarah muzik. Sejumlah sekurang-kurangnya 90% daripada artis tempatan termasuk diantaranya Anita Sawarak, Hetty Koes Endang, Sudirman, Awie, Ning Baizura, Ziana Zain, Slam, M. Nasir, dan ramai lagi.

Beliau juga adalah pengasas dan pengarah muzik kepada Rockafella, sebuah pancaragam tempatan yang terkenal yang terdiri dari pemain-pemain top negara yang telah mengadakan persembahan di Hard Rock Café. Kesohoran pancaragam tersebut telah menghasilkan jualan bulanan tertinggi untuk sesebuah Hard Rock Café di Asia Tenggara.

Dari segi pencapaian dalam industri muzik beliau pernah memenangi Best Musical Arrangemant untuk sebuah lagu dalam Anugerah Industri Muzik 1999 (AIM ’99) dan dicalonkan untuk kategori yang sama di dalam Anugerah Industri Muzik 2000 (AIM 2000).

Di dalam dunia muzik tempatan, Ramli telah berusaha sendiri dalam memperkenalkan tarian langsung dalam acara pop dan rock seawal 1984. Dalam hal ini beliau telah dikenali oleh ramai artis top seperti Jacky Cheung dan Ronald Cheng dari Hong Kong. Beliau juga pernah bekerja bersama Orkestra Filharmonik Malaysia, Orkestra RTM, Orkestra DBKL, Orkestra Filharmonik Shanghai, Orkestra Simfoni Singapura dan Orkestra Simfoni Osaka.

Semasa persembahan Tan Sri Dato’ S.M. Salim bersama Orkestra Filharmonik Malaysia di Dewan Philharmonic Petronas pada 2001, Ramli adalah pengarah muzik, konduktor, dan penyusun untuk acara tersebut.

Bakat dan pengetahuan muzik beliau yang berbeza telah meletaknya dipersada industri muzik tanahair.

No comments:

Post a Comment