Tuesday, May 02, 2006

ROSLI MD. KASA

(ROSLI SELASEH)

dilahirkan di Perlih Indera Kayangan dan mendapat didikan awal di Sekolah Vokasional
Kangar. Pernah bekerja sebagai pemain muzik di Jabatan Penerangan, Kementerian Penerangan Malaysia dan kini menjadi pengarah untuk syarikat sendiri iaitu R.S. Global Music Entertainment Sdn. Bhd.

Aktif di bidang seni muzik dengan menjadi penerbit, pencipta lagu dan lirik untuk artis-artis terkenal tempatan. Antara lagu dan lirik yang pernah dihasilkan ialah Canggai nyanyian Siti Nurhaliza dalam album Sahmura, Ngajat Tampi Nyanyian Noraniza Idris dalam album Bekaba, Bukan Lupa Tapi Tak Ingat – Safura, Untuk Apa – Aishah dan Mohon Diri – Shima. Lagu-lagu ciptaannya pernah memasuki Carta Juara lagu terbitan TV3.

Beliau pernah menjadi konduktor untuk Jabatan Seni Persembahan, Kombinasi persemabahan antara Petronas dan TV3 di Dataran Merdeka sempena Hari Kemerdekaan 1998.

Menjadi Pengarah Muzik untuk produksi teater muzika 23250 Tragedi Bukit Kepong adalah pengalaman pertamanya di dunia pentas tanah air.

No comments:

Post a Comment