Tuesday, May 02, 2006

SUHAIMI MOHD. ZAIN (PAK NGAH)

Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah merupakan penggubah muzik yang tidak asing lagi di tanah air terutama dalam mencipta lagu-lagu berirama Malaysia. Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1958 dan mula berjinak-jinak dengan bidang muzik sejak di bangku sekolah lagi. Bakat dan kesungguhannya mendalami bidang ini terserlah apabila mendapat peluang menjadi pemuzik sepenuh masa di Kompleks Budaya Negara (KBN) mulai tahun 1977. merintis jalan dari KBN, beliau mengumpul sebanyak pengalaman dengan mengikuti banyak kursus dan seminar muzik di dalam dan di luar negara hingga yakin untuk menubuhkan syarikat sendiri dan berjaya menerbitkan album artis-artis terkenal tanah air. Gubahan lagu-lagunya untuk pementasan teater bermula sejak di KBN lagi. Antara teater yang pernah diterjui sebagai Pengarah Muzik ialah Malam Ini Penyu Menangis, Cindai, Tikar Mengkuang Seri Tegak Berlima, Rubiah dan Muzikal Lantai T. Pinkie.

No comments:

Post a Comment