Tuesday, May 02, 2006

TAN CHONG YEW

Merupakan seorang pencipta terkenal dalam penulisan muzik tanah air dan berupaya memberi sentuhan gubahan citarasa Malaysia. Beliau banyak menggubah lagu sedia ada ke dalam bentuk ‘Chamber Music’. Dilahirkan pada 1931, dan mendapat didikan di Sekolah Chong Hwa di Setapak. Minat beliau dalam bidang seni muzik bermula pada usia 14 tahun dan telah berjaya mendapat sijil Kepujian gred VII daripada ‘Royal School of Music’ dengan kepujian sepanjang 4 tahun dan seterusnya diiktiraf melalui sijil L.R.S.M setahun selepasnya. Atas kecemerlangan itu, beliau telah dianugerahkan biasiswa selama 3 tahun untuk melanjutkan pelajaran kdi ‘Royal Acedemy of Music’, London dengan pengkhususan dalam persembahan piano dan gubahan. Selepas pulang dari belajar pada tahun 1965, sewaktu semangat kemerdekaan sedang melanda Malaya ketika itu, beliau rasa terpanggil untuk memanisfetasikan lagu-lagu ciptaan sendiri yang bercirikan muzik tanah air. Pada tahun 1957, beliau telah ditawarkan jawatan sebagai pengarah muzik Filem Negara.

Sepanjang penglibatan dalam bidang muzik, beliau telah menmanfaatkan bakat yang diperolehinya sebagai pemain piano dan penggubah Orkestra Radio untuk selama 25 tahun. Sepanjang tempoh tersebut baliau berusaha gigih menggubah, menotasi dan merakam semula lagu-lagu dalam ‘String Ensemble’ melalui kumpulan muzik yang bernama ‘Muzika’ dan rancangan ini telah terpilih sebagai program mingguan siri televisyen. Antara gubahan muzik yang menjadi pilihan beliau adalah lagu ‘Sejal Irama Khadazan’ yang berteraskan muzik kumpulan etnik dari Sabah ‘Harmoni No 1’ yang bertema dan bercirikan keharmonian kaum di Malaysia, ‘Mahkota Cinta’ untuk alat muzik Soprano dan Orkestra dengan karya Dato’ Usman Awang. Sekali pun telah bersara beliau masih giat menghasilkan siri persembahan terutama dalam gubahan ‘string ensemble’.

No comments:

Post a Comment