Tuesday, May 02, 2006

WANDLY YAZID

Lagu Gurindam Jiwa sudah tidak asing lagi bagi peminat muzik tempatan baik golongan muda ataupun tua. Ia sungguh popular sehingga syarikat-syarikat telekomunikasi menyediakan lagu ini sebagai satu nada deringan yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan. Namun tidak ramai yang tahu siapa pencipta lagu ini.
Wandly Yazid dilahirkan di Bukit Tinggi Padang, Sumatera, pada tahun 1925. sewaktu Indonesia diiktiraf Negara merdeka pada tahun 1945. Wandly telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Singapura untuk mencari peluang bekerja sebagai pemuzik dalam industri filem yang kian berkembang pesat.

Di Singapura beliau belajar selok-belok bermain muzik daripada seorang guru muzik Filipina. Selain bermaon biola dan saksafon, beliau juga belajar membaca not muzik.

Pada tahun 1948, beliau berkhidmat dengan Nusantara Films dan kemudiannya berpindah ke Cahtay Keris pada tahun 1954. di sini beliau menggubah lagu-lagu untuk filem blockbuster seperti ‘Hang Tuah’ arahan Hussain Hanif, ‘Ikan Emas’; ‘Dosa Wanita’, ‘Gurindam Jiwa’, ‘Panglima Besi’, ’Naga Tasek Chini’, ‘Jalak Lenteng’, ‘Kasih Ibu’, ‘Wan Perkasa’, ‘Mata Dan Hati’, ‘Menunggu Kasih’, ‘Udang Di Sebalik Batu’.

Wandly juga salah seorang yang bertanggungjawab menubuhkan Megawati Orkestra, yang menengahkan para pemuzik dan komposer berbakat seperti Zainal Abbas, Rahmat Ali, dan Jalil Nordin. Beliau dan kumpulan ini membuat persembahan unutuk Radio Televisyen Singapuura (RTS) pada masa itu.

No comments:

Post a Comment