Tuesday, May 02, 2006

YUSOFF B

Yusoff Bin Blugok atau Yusoff B dilahirkan kepada pasangan ibu bapa yang berasal dari Sulawesi dan menetap di Singapura pada awal tahun 1990an. Beliau adalah adik kepada Rahman B, ayah penyanyi popular Alina Rahman. Sejak kecil Yusoff tertarik dengan bidang muzik dan seterusnya menjadi seorang pemuzik yang serba boleh. Beliau boleh bermain saksofon, mandolin, trompet, serunai dan violin serta dengan mudah mendapat kerja di mana-mana kelab malam yang terkenal di Singapura.

Yusoff mula cuba mengubah lagu menjelang Pendudukan Jepun dan kemudiannya ditawarkan bekerja dengan Malay Film Production (MFP) Studio Orchestra milik Shaw Brothers pada tahun 1948. Di MFP, rakan sekerja Yusoff termasuklah penggubah muzik terkenal seperti Osman Ahmad dan Ahmad Wan Yet, yang dikatakan banyak mempengaruhi karya-karya beliau. Lagu-lagu karyanya yang masih dinyanyi dan dirakamkan termasuklah “Suka Sama Suka’, ‘Nona Zaman Sekarang’, dan lagu hari raya sepanjang zaman, ‘Nasib Miskin Kaya’. Perkembangan filem Hindi dan unsur-unsur filem Hindi dalam filem Melayu sekitar tahun 50an banyak mempengaruhi Yusoff yang kemudiannya menubuhkan kugiran Hindi bersama Wahid Satay dan Johari Salleh yang dipanggil Chandra Raat (Malam Terang Bulan).

Sebagai seorang penggubah dan penyusun muzik, Yusoff amat tekun dan teliti. Beliau hanya akan memulakan gubahannya setelah membaca skrip dan mendalami jalan cerita dan mesej filem. Beliau sangat teliti dalam menyusun muzik bagi gubahannya dan dalam memilih artis untuk menyanyikan lagunya.

Yusoff B juga merupakn seorang guru yang mejadi rebutan para pemuzik baru di Singapura misalnya penggubah / pemimpin orksetra Johari Salleh dan pelakon / penyanyi Aziz Jaafar. Johari Salleh menanggap beliau seorang yang berani mencuba sesuatu yang baru dan komited dalam memperkayakan perkembangan muzik Melayu melalui penggunaannya dalam filem.

Anak murid Yusoff B mengangapnya sebagai orang yang bertanggungjawab membangunkan lagu dan muzik Melayu zaman mereka melalui orkestra MFP. Artis popular tahun 50an, termasuk P. Ramlee dan Saloma turut merakamkan banyak lagu malar Yusoff B. Karya klasiknya termasuklah ‘Pahlawanku’, ‘Semarak Hati (dalam Juwitaku)’, ‘Senyum Tak Berbalas’, ‘Tari Tualang Tiga’ (dalam filem Sumpahan Orang Minyak) dan ‘Wanita dan Teruna’ (dalam filem Iman). Zaman kegimilangan filem Melayu mula pudar pada tahun 1968 dan secara kebetulan Yusoff meninggal dunia pada tahun yang sama.

1 comment:

  1. Hebat benar manusia bernama Yusof B ini. Inilah antara permata dlm kesenian terutama budang muzik.di Malaysia. Sayangnya tidak byk yg kita ketahui tentang insan seni ini. Terima kasih atas artikel yg amat bermakna ini....

    ReplyDelete